seismik

Jadi Mangsa Produk Kosmetik Merkuri, Wanita Kongsi Derita Kulit Breakout Pada Usia Muda

"Nanah sampai meleleh keluar waktu mandi" - Mangsa produk merkuri.

Cover image via @miyehhhh (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya' melalui platform media sosial TikToknya baru-baru ini

Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Syamimi Azmi atau lebih dikenali sebagai Mimie, 27, berkata dia tidak menyangka berdepan masalah kulit yang kronik akibat penggunaan produk yang dipercayai mengandungi bahan merkuri sejak usia 19 tahun lagi.

Demi memperoleh kulit selicin kulit telur, rupa-rupanya lapisan perlindungan kulitnya perlahan-lahan menipis akibat penggunaan produk terbabit.

Bagaimanapun, biarpun memutuskan untuk berhenti menggunakan produk terbabit selepas mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, kulitnya yang sudah terdedah kepada bahan berbahaya itu menjadi semakin parah. Kulitnya ditumbuhi jerawat, bernanah dan merebak seluruh wajah.

"Tidur malam tak boleh, menangis setiap masa. Nanah akan meleleh keluar bila mandi. Demam sakit kepala disebabkan breakout yang teruk. Sentuh muka sakit, bayangkan kalau mandi atau nak cuci muka. Hanya Allah saja yang tahu apa yang Mimie rasa," kongsinya.

Perubahan mendadak kulit mukanya meninggalkan kesan mendalam kepada fizikal dan emosi

Malah, ada individu sekeliling memandang dirinya dalam perasaan takut dan geli.

"Disebabkan itu, saya lebih banyak berkurung diri di dalam rumah daripada berjumpa dengan sesiapa. Kalau perlu juga untuk keluar, saya akan pakai pelitup muka untuk menyembunyikan jerawat bernanah.

"Namun, kebiasaannya pelitup muka yang dipakai akan menyebabkan nanah pada pipi pecah sehingga berdarah dan mengakibatkan rasa pedih tidak terhingga.

"Macam-macam usaha saya buat, termasuklah mendapatkan rawatan susulan di Kuala Lumpur. Namun, tiada sebarang perubahan pun yang berlaku. Malah, keadaan bertambah teruk," tambahnya.

Walaupun berdepan situasi sedemikian, Mimie bersyukur masih punyai pasangan hidup yang sentiasa memberikannya semangat tanpa putus asa.

"Suami tak pernah mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan saya. Malah, dia sentiasa memuji kecantikan saya dan yakin keadaan kulit saya akan pulih semula satu hari nanti.

"Saya pernah cakap dekat dia, carilah orang lain. Muka saya dah buruk," kongsinya lagi.

Sehingga artikel ini ditulis, video-video Mimie tular telah mencecah lebih 2.3 juta tontonan. Difahamkan, ketika ini Mimie sedang mendapatkan rawatan kulit muka di AINAA Clinic yang ditaja sepenuhnya oleh pempengaruh media sosial dan pengasas produk, Hafiz Mahamad dan isterinya, Syafiqah Aina.

Tonton video perkongsian Mimie di bawah:

@miyehhhh Breakout mercury its not easy for me lalui hari hari untuk menahan sakit bengkak nanah berdarah takda siapa yang minta untuk jadi macam ni, takda satu orang perempuan pun yang nak kan skin dia jadi macam ni kalau lah boleh undurkan masa takkan pakai product mercury, tapi dah terlambat muka dah hancur sehancurnya... #breakout #mercury #skinbreakout #sakit #pedih #fyp Kembalikan Senyumku by Bima - B1m4
@miyehhhh Replying to @Muabellarazali Ya seteruk ini, Muka bengkak nanah bertakung kat pipi, tidur malam tak boleh cuci muka tak boleh sakit #breakout #mercury #skinbreakout #fyp Jeritan Hati - Cut Zuhra

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: