Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Masak Char Kuey Teow Di Majlis Kahwin, Netizen Beri Pelbagai Reaksi Kepada Pengantin Ini

Kahwin pula dengan pengantin doktor, sweet!

Cover image via @haidahrl_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, pengantin mesti berdebar menantikan hari majlis perkahwinan mereka

Dapat mengikat hubungan yang sah itu merupakan satu rezeki dan kenangan tidak dapat dilupakan setelah lama merancang. Jodoh sudah pasti merupakan ketentuan Tuhan. Tidak kira, dengan siapa kita berkahwin dan berapa umur si dia.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pengantin lelaki masak char kuey teow di majlis perkahwinannya sendiri telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:


Sering datang gerai beli char kuey teow, pengantin lelaki tak sangka sekarang dah jadi isteri

Menerusi video berkenaan, kelihatan pengantin lelaki dan perempuan sedang berada di sebuah tempat sambil mengenakan busana pengantin mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sedang memasak char kuey teow sambil diperhati oleh isterinya. Difahamkan, isterinya sering membeli char kuey teownya sebelum mereka berkahwin.

"Dulu abang aku niaga char kuew teow tepi jalan, ada awek ni selalu datang gerai dia. Abang aku pun try try ngorat, rupa rupanya dia tu doktor", kapsyen videonya.

Image via @haidahrl_ (TikTok)

"The real tak nak tauge tapi taugether with you" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 274K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @haidahrl_ (TikTok)

Image via @haidahrl_ (TikTok)

Image via @haidahrl_ (TikTok)

Image via @haidahrl_ (TikTok)

Aduhai lawak betul lah komen-komen netizen ni, memang terhibur dibuatnya! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment