Masih Lengkap Berbaju Pengantin, Pasangan Baik Hati Berhenti Bantu Mangsa Kemalangan
Semoga berkekalan hingga ke jannah buat pasangan ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kemalangan boleh terjadi di mana-mana saja kita berada
Terutama semasa sedang memandu, hal ini kerana banyak kes kita melihat melibatkan pemandu kenderaan. Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Namun, jika takdir sudah berkata lain nak buat macam mana bukan? Jika kita ternampak seseorang dalam kesusahan atau dalam kemalangan, sebaiknya kita membantu mana yang mampu dan memanggil pihak hospital untuk lebih lanjut.
Perkara itu dapat dilihat dalam sebuah video di laman X ini apabila pasangan pengantin sempat menolong orang awam yang kemalangan di jalan raya.
Image via X
Berbaju pengantin tolong orang kemalangan
Menerusi video tersebut, seorang individu sempat merakam kejadian dilihatnya di sebuah jalan raya melibatkan kemalangan sebuah kereta.
Dapat dilihat sebuah kereta putih terjunam ke dalam longkang besar di tepi jalan. Melihat kejadian itu, pasangan pengantin berkenaan dengan pantas terus berhenti ke tepi dan membantu mereka.
Ahli keluarga yang lain juga dapat dilihat membantu mengeluarkan mangsa-mangsa dalam kereta tersebut.
Lihat video itu di bawah:
Baik hati mereka tolong orang dalam kesusahan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment