"Mat Bunga" - Ibu Terharu Anak Hari-Hari Petik Bunga Bagi Padanya Lepas Pulang Sekolah
Sweet awak dik.
Kebiasaannya, ibu bapalah yang akan mengambil anak selepas saja mereka pulang dari sekolah
Jika tidak, pasti ada van atau bas sekolah yang akan mengambil anak-anak mereka. Pasti banyak ragam dan cerita yang anak-anak akan berkongsi selepas saja mereka pulang ke sekolah.
Sebagai contoh, aktiviti mereka pada hari ini dan sebagainya, betul tak? Namun, lain pula dengan gelagat seorang anak yang dirakam ibunya ini telah mendapat perhatian ramai.
Anak petik bunga bagi dekat ibu
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu merakam anak lelakinya yang baru saja pulang dari sekolah.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah anaknya itu tidak terus pergi kereta si ibu, malah dia sempat memetik bunga di luar kawasan sekolah terlebih dahulu.
Budak itu kemudian memberikan bunga tersebut kepada ibunya dan memasuki kereta. Difahamkan, anaknya itu akan memetik bunga hari-hari dan memberikan kepadanya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Ya Allah kecil-kecil dah sweet ya. Seronok ibu kalau macam ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan budak berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M views, 175.9K likes dan 3,600 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @manal_usamah (TikTok)
Image via @manal_usamah (TikTok)
Image via @manal_usamah (TikTok)
Image via @manal_usamah (TikTok)
Image via @manal_usamah (TikTok)
Comel lah dik! Sweet pula tu :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment