Mat Salleh Temui Taman Skateboard Terbiar Dalam Hutan Di Shah Alam - "Amazing!"
Difahamkan, lokasi taman itu terletak di Taman Botani Shah Alam yang dahulu dikenali sebagai Bukit Cerakah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sukan papan selaju tidak kurang juga terkenal di Malaysia apabila ramai anak-anak muda melibatkan diri dalam sukan ini sejak dahulu lagi
Tambahan pula, banyak taman-taman skateboard telah dibina menunjukkan ramai yang meminati aktiviti ini di Malaysia sejak dahulu lagi.
Ini dapat dilihat menerusi sebuah video YouTube memaparkan sekumpulan mat salleh menemui sebuah taman skateboard yang terbiar di dalam hutan di Shah Alam.
Keadaan taman itu yang telah dinaiki dengan hutan dan semak samun melihatkan kawasan itu bagaikan sudah ada di situ beratus tahun.
Image via TheSkateNomad (YouTube)
Difahamkan, taman skateboard terbiar itu berada di Taman Botani Negara Shah Alam
Dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah pada suatu masa dahulu, kawasan ini terletak di Taman Botani Negara Shah Alam.
Walaupun dilihat tidak terlalu luas, taman skateboard ini dilihat masih ada potensi untuk menjadi tumpuan pemain-pemain skateboard bermain di sini.
Struktur binaannya dilihat masih kukuh dan hanya perlu melalui proses membaikpulih dari segi pembersihan semak samun yang telah naik memenuhi kawasan berkenaan.
Image via The Skateboarding Crucible
Lihat video tersebut di bawah:
Fuh, selama admin hidup inilah pertama kali admin dapat tahu tentang taman skateboard ni!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment