"Mati Pun Susah" - Fedtri Yahya Kongsi Keratan Akhbar Kos Kematian Boleh Cecah RM5K
Zaman sekarang semua perlu guna duit.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita tahu, banyak kenaikan harga barang telah bermula pada 1 Julai lalu
Sudah tentu ramai yang terasa terbeban dengan kenaikan harga barang ini. Subsidi barangan seperti minyak masak juga ditarik balik.
Malah bukan itu saja, baru-baru ini pengacara terkenal, Fedtri Yahya telah berkongsi di laman Twitternya mengenai kos kematian telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Kos untuk kematian juga semakin meningkat?
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan Fedtri memuat naik satu gambar keratan akhbar dengan tajuk "Kos mati juga semakin mahal".
Ia menulis kos kematian semakin meningkat dan perlu menyediakan sejumlah wang bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000 sebagai kos pengurusan jenazah.
Ciapannya itu ternyata telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.
"Buatlah khairat kematian geng. Daftar nama sendiri, nama mak ayah, adik beradik dekat masjid rumah korang" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 8,456 retweets, 1,481 quotes tweets dan 12.4K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Duit simpanan tu memang kena ada guys sebab mati tak kira usia :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment