seismik

"Gagal" - Dah Lepas Naik Bukit, Gadis Kecewa Bila Suruh Turun Kereta Berundur Pula

Tak apa sis, cuba lagi.

Cover image via @clipbylinn (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang di sini pasti mempunyai kenangan pahit dan manis semasa mengambil ujian memandu bukan?

Macam-macam perkara yang berlaku sewaktu itu. Iyalah, ujian memandu ini bukan satu perkara yang mudah kerana tidak semua orang dapat melepasinya.

Sama seperti video ini memaparkan seorang gadis merasa kecewa kerana tersilap langkah sedikit semasa ujian memandunya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Dah berjaya naik bukit, sekali kereta berundur bila suruh gerak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi keadaan semasa hari ujian memandunya di sebuah tempat.

Kelihatan dia akan menaiki ujian bukit, di mana dia perlu berhenti di atas bukit tersebut. Pada awalnya, dia kelihatan berjaya namun apabila disuruh untuk bergerak turun, keretanya tiba-tiba berundur ke belakang.

Situasi itu membuatkan dia gagal ujian tersebut dan redha atas keputusan tersebut.

"At least u ambik manual, still a good job even u failed, goodluck to u!" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buatnya dan memberikan sedikit tips.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 983.6K views, 95K likes dan 2,289 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bukan senangkan nak belajar manual. Tak apa sis lepas ni cuba lagi :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: