Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Mayonnaise Sebagai Bahan Rahsia, Jom Buat Nasi Goreng Style Jepun Yang Sedap Ini

Kena cuba!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di negara kita Malaysia ini, memang terdapat pelbagai jenis menu nasi goreng

Ada Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Paprik dan macam-macam lagilah. Menu ini memang sedap buat makan tengah hari atau makan malam. 

Tambahan pula, menu nasi goreng ini sangat simple nak memasaknya. Orang bujang atau orang yang baru mula nak memasak pun boleh cuba. 

Tetapi kalau asyik makan nasi goreng rasa Melayu sahaja mesti boring kan? Apa kata cuba buat resepi nasi goreng style Jepun ini. Siap ada letak mayonnaise sebagai bahan rahsia! 

Jom ikuti perkongsian resepi oleh Marion's Kitchen ini. 

Image via giphy.com

Bahan-bahan:

  • Beras
  • 2 sudu besar mayonnaise jenama Kewpie (jenama lain juga boleh).
  • 2 biji telur
  • Butter
  • Bawang putih
  • Daun sup
  • 3 sudu besar kicap cair

Cara penyediaan:

1. Masak nasi dengan sukatan dua cawan beras dan dua suku cawan air. Hal ini untuk membuatkan nasi lebih lembut dan fluffy.

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

2. Masukkan nasi yang telah masak ke dalam bekas lain. Kemudian, gaulkan nasi yang masih suam bersama dua sudu besar mayonnaise sampai sebati. Nak letak lebih mayonnaise pun boleh!

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

3. Pecahkan dan kacau dua biji telur di dalam mangkuk. 

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

4. Selepas itu, anda boleh panaskan kuali dan cairkan butter. Kemudian, masukkan bawang putih dipotong halus dan goreng sehingga ia sedikit garing.

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

5. Seterusnya, masukkan nasi yang telah digaul mayonnaise tadi ke dalam kuali. Kemudian, tuang tiga sudu besar kicap dan kacau sebati.

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

6. Masukkan pula telur yang telah dikacau tadi ke dalam kuali. Pecahkan sehingga ia menjadi seperti scramble egg dahulu, baru kacau bersama nasi.

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

7. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan daun bawang untuk menambahkan lagi rasa. Dah siap, selamat menjamu selera!

Image via Marion's Kitchen (Youtube)

Kredit Resepi: Marion's Kitchen (Youtube)

Simple kan resepi nasi goreng style Jepun ini. Memang tak cukup satu pinggan!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment