Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

MB Kedah, Sanusi Sahkan Dirinya Telah Selamat Berkahwin Dengan Seorang Anggota Polis

Menurutnya, isteri beliau sendiri yang menghantar rombongan meminang.

Cover image via Sirap Limau Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah menjadi bualan ramai mengenai hal rumah tangganya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui beliau sudah berkahwin dengan seorang anggota polis baru-baru ini

Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata pengakuan itu dibuat kerana tidak mahu kisah peribadinya terus menjadi spekulasi sehingga ada yang mendakwa beliau ditangkap khalwat.

"Ada ka saya kena tangkap khalwat, tak patut sungguh, saya kahwin dengan anggota polis, isteri saya (Tok Puan Seri Jusmalailani Jusoh) pergi meminang dia, pinangan itu dibuat berbulan-bulan dah.

"Alhamdulillah sempurna, teratur. Dia seorang ibu tunggal anak satu. Ketika perkahwinan, isteri ada anak-anak saya pun hadir dan semua proses dipatuhi. Saya tak berhasrat untuk buat pengumuman, saya nak elak benda sensasi yang tak perlu ini.

"Saya pun kasihan tengok hangpa ligan kejar saya. Saya pun kasihan, saya rasa tak ada isu apa, saya ada kuota dua lagi, depa kata tok lebai PAS ni kira menikah je kan?" katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Image via Harian Metro

Beliau juga sempat berkongsi mengenai detik perkenalan dengan isteri baharunya itu

"Isteri (baharu) saya bukan penyiasat REE (unsur nadir bumi), dia penyiasat ada satu pengeboman di kediaman rasmi menteri besar, bom itu pun dah meletup, kontena itu terbakar.

"Saya jumpa beliau untuk kali pertama dan kali terakhir atas siasatan bom, jadi polis datang ramai ramai ambil statement (kenyataan) sebab siasatan, lepas itu dia jadi kawan isteri saya.

"Dia ada mengaji di kuliah sama dengan isteri, tak ada kawan dan berjumpa, lepas kahwin saya bercinta.

"Saya nak maklumkan pada tuan-tuan, percintaan selepas perkahwinan lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin, harap lepas ini tak ada spekulasi apa-apa lagi hal peribadi hal rumah tangga tak eloklah diheret merata rata, hormati privasi saya keluarga saya anak saya," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment