Memasak, Gunting Rambut Antara ‘Survival Skills’ Yang Perlu Ada Pada Anak Muda Sekarang
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa 'survival skills' dalam kehidupan seharian amat penting.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak semestinya kita akan bekerja dalam bidang pengajian kita.
Mungkin, rezeki kita berada di tempat lain dan tidak semestinya bidang pengajian diambil dahulu sesuai dengan diri
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pempengaruh dan pensyarah yang dikenali sebagai Sir Ladang yang sedang memberikan kuliah kepada pelajarnya.
Menerusi video itu, dia menasihati pelajarnya untuk memiliki ‘survival skill’ kerana kemahiran kendiri amatlah penting terutama sekali jika berdepan dengan situasi tidak terjangka.
Sebagai contoh, ketika pandemik ada yang diberhentikan kerja tetapi kerana memiliki kemahiran kendiri, mereka mampu mencari rezeki lain.
Image via @sirladang (TikTok)
Mengambil kursus pendek di Kolej Komuniti untuk belajar pelbagai skil
Malah, dia juga mengatakan bahawa boleh mengambil kursus pendek di Kolej Komuniti untuk belajar pelbagai skil dan bertepatan dengan minat.
Tambahnya, untuk pelajar juga boleh mencari duit poket dengan kemahiran yang mereka miliki seperti potong rambut, makeup dan sebagainya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ramai yang anggap survival skills ini tak penting tapi sangat berguna tau :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment