Memori Hari Graduasi Punah, Bayar Jurugambar RM200 Sejam Tapi Hasil Bikin Nangis
Spoil mood nak graduasi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Majlis konvokesyen adalah hari yang paling bermakna buat para graduan
Selepas beberapa tahun, akhirnya matlamat untuk mengenggam skrol kini berjaya diraih. Bukan semua orang boleh merasai saat bermakna ini, apatah lagi anda sendiri tahu bagaimana rasanya untuk menghabiskan pengajian.
Sudah tentu, majlis konvokesyen merupakan majlis yang penting buat mereka. Sehinggakan ada yang sanggup mengupah jurugambar khas bagi majlis tersebut agar menjadi momen manis.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini selepas seorang graduan berkongsi rasa kecewanya terhadap servis jurugambar yang diupah telah mencuri tumpuan ramai.
Image via @sufsayy (TikTok)
Kecewa tengok hasil gambar dari jurugambar
Menerusi video daripada pemilik akaun @sufsayy, pemuda berkenaan berkongsi rasa terkejutnya selepas sahaja melihat gambar daripada jurugambar yang diupahnya.
Menurutnya, sebelum dia mengambil servis jurugambar tersebut dia telah menyemak latar belakang dan hasil gambar di sosial media jurugambar terbabit dan semuanya cantik belaka.
Namun, dia kecewa dengan hasil yang diterima daripada jurugambar tersebut walaupun gambar berkenaan telah pun disunting.
"Sebelum hire dah usya portfolio dekat IG banyak kali, memang terbaik. Sekali yang datang, ini rahsia tuhan," tulisnya.
Bayar RM200 untuk photoshoot
Selepas tular videonya di TikTok, ramai yang mempersoalkan bayaran yang diberikan pada jurugambar berkenaan.
Difahamkan, pemuda itu membayar RM200 untuk sejam bagi servis photoshoot tesebut. Menurut pemuda berkenaan, ia termasuk unlimited shoot photo, cover 1 hour, posing guide berserta all photo edited dan soft copy Google drive.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment