"Menarik" - Lelaki Ini Tunjukkan Cara Masak Biji Kelapa Sawit, Rasanya Manis Dan Berlemak!
Sedap ke?
Tumbuh-tumbuhan merupakan bahan asas yang sering digunakan dalam masakan makanan tradisional
Tidak ramai dalam kalangan anak muda sekarang yang mengetahui bahawa biji kelapa sawit juga boleh dijadikan sebagai masakan. Secara amnya, kegunaan biji kelapa sawit sering dikaitkan dengan penghasilan pelbagai bahan pangan seperti minyak masak, margerin, coffee whitener dan lain-lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video berkaitan tentang cara-cara membuat masakan yang mudah dengan hanya menggunakan biji kelapa sawit ini curi tumpuan.
Makanan ini dulunya pernah terkenal dalam kalangan anak-anak peneroka
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zamianrapsodyofficial di laman sosial TikToknya, dia menunjukkan cara-cara memasak biji kelapa sawit dengan campuran air masak dan gula.
Teknik masakan yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut sangat mudah untuk dihasilkan kerana bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas.
Sebahagian besar netizen di ruangan komen mengatakan bahawa rasanya sangat lembut dan berlemak.
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
"Ruginya rasa. Kami ada kebun sawit dulu tapi tak pernah makan macam ini." - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dan ada yang berkongsi pengalaman ketika mereka kecil.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 450.7K views, 17K likes dan 961 comments.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
Image via @zamianrapsodyofficial (TikTok)
Nampak macam sedap je :P
Image via GIFER
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment