Mengaku Silap Modify Ekzos Bising, Redha Kena Saman Polis - "Benda Salah Kena Terima"
Salah tetap salah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi peminat motosikal, pasti ada rasa nak modify motor itu seperti yang diinginkan bukan?
Masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri yang ingin ditonjolkan pada motor mereka. Tambahan lagi jika ia menjadi trend pada masa itu.
Namun, kena ingat yang bukan semua benda kita boleh modify menjadi seperti apa yang kita mahukan kerana di Malaysia ini ada peraturan. Nanti tak pasal-pasal 'terciduk' kena saman pula.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki redha motosikalnya disaman polis kerana mengubah suai.
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Mengaku memang salah sendiri
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan berkongsi cerita dia ditahan pihak polis sewaktu baru pula daripada memancing.
Difahamkan, dia ditahan kerana ekzos dan cover rantai motosikal yang tidak menepati syarat. Meskipun ia adalah ekzos yang standard, tetapi bunyi bising ekzosnya sememangnya salah disisi undang-undang.
Dia juga mengakui salahnya dan terima saja saman daripada pihak polis tersebut.
"Hadap Jelah, benda memang salah. Benda salah kita jangan nak betulkan.
"Jangan nak bising polis selectlah apalah, redha je senyum je," katanya.
Atas budi bicara polis, dia diberi peluang dan masa untuk mengubah kembali pada asal ekzosnya itu.
"Betul bos benda kita tahu salah. Rilek rilek je" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 325.1K views, 21.2K likes dan 794 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Image via @kidalcarbon (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Baguslah abang ni, tak banyak bising-bising pun kena saman :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment