Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Mengucap Panjang" - Aksi Geng Lelaki Selamba Pegang & Peluk Pelayan Wanita Dikecam Ramai

Mana pergi batasnya?

Cover image via @Anepppppppppp (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai umat Islam, batas pergaulan antara lelaki dan wanita haruslah dijaga

Jika tidak menjaga batas ini, kemungkinan ia boleh membawa kepada perkara yang lebih berbahaya iaitu zina dan kita pasti tidak mahu perkara itu terjadi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan aksi sekumpulan lelaki dengan selamba memeluk pelayan wanita di sebuah kedai telah mendapat kecaman ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ajak bergambar sampai pegang dan peluk

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang berada di sebuah restoran. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dua orang pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.

Susulan daripada situasi itu, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

Image via @Anepppppppppp (Twitter)

Image via @Anepppppppppp (Twitter)

"Tayang sana sini badan dia tapi bertudung. Dibiarkan ramai lelaki pegang-pegang dia. Seramnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam aksi tersebut dan memberikan reaksi masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 554.9K views, 9,889 likes dan 6,330 comments di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Semua dekat situ pun macam tak kisah je benda ni berlaku. Memang seram tengok :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment