Menjelang Kemuncak ABPBH 35, Bell Ngasri Kenang Perjalanan 36 Tahun Dalam Industri Seni
Semoga kemenangan milik Bell malam ini!
Tersenarai sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri mengakui perjalanan kariernya selama lebih 36 tahun bukanlah mudah
Image via Harian Metro
Menerusi temubual bersama XTRA, Bell mengatakan dia bersyukur dengan apa yang dia kecapi hari ini.
"Ia perjalanan yang lama, ada suka dan duka. Bermula daripada umur enam tahun, hanya enam tahun saja hidup saya tak bekerja"
"Kita tahu siapa yang lebih popular. Kita tahu bagaimana aura rakan-rakan saya yang hebat lain. Tapi saya rasa apa-apa pun, saya tak impikan tawaran yang mengalahkan rakan-rakan saya"
"Sahabat-sahabat saya yang tercalon semuanya hebat. Tak kira lah Johan, Zizan Razak, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli. Saya sayang sangat pada mereka walaupun perjalanan karier saya bermula tidak ada kena mengena dengan mereka pada awal tahun 1986," kongsinya.
Macam-macam orang kata, tapi syukur dikelilingi rakyat Malaysia terutamanya peminat yang masih menyokong
Image via Cari Infonet
Menurut Bell lagi, antara liku-liku yang perlu ditempuhnya adalah apabila ramai mempersoalkan kerjayanya sebagai anak seni.
"Perjalanan seni saya dah lebih 36 tahun, ada juga pernah berkata sampai bila nak jadi pelakon? Sudahlah. Macam-macam orang kata seperti tiada masa depan. Tapi Alhamdulillah Allah kurniakan rakyat Malaysia yang sayangkan saya"
"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada pengarah-pengarah yang saya pernah bekerja bersama kerana saya dapat membesar sehingga ke hari ini," katanya lagi.
Bertemakan Ekspresi Legasi Seni, ABPBH 35 disiarkan secara langsung dari Istana Budaya, Kuala Lumpur di TV3 dan strim langsung melalui platform Tonton mulai jam 9 malam ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment