Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Midea & Manchester City Bakal Bawa Pemenang Bertuah 'Buy Win Fly 2.0' Ke Stadium Etihad

Dari sekarang hingga 31 Ogos 2024, setiap pengguna yang membeli mana-mana produk Midea layak untuk menyertai kempen ini.

Cover image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengeluar barangan elektrik terkemuka dunia, Midea Malaysia mengumumkan pelancaran kempen 'Buy Win Fly 2.0' bersama Manchester City dalam usaha memperluas kerjasama di peringkat global

Pengurus Besar Midea Malaysia, Mark Tam berkata, tiga pemenang utama akan menerima hadiah istimewa iaitu penginapan serta akses VIP ke Stadium Etihad.

"Kerjasama dengan Manchester City telah mencapai kejayaan besar, meningkatkan pendedahan global Midea dan mempercepatkan proses kami dalam menyediakan penyelesaian rumah inovatif,

"Tiga pemenang bertuah akan menerima perjalanan bertaraf dunia ke United Kingdom untuk dua orang, merangkumi penginapan 5 hari, 4 malam, lengkap dengan akses VIP ke Stadium Etihad, iaitu rumah utama kepada Kelab Bola Sepak Manchester City.

"Pemenang tempat kedua akan berpeluang membawa pulang Peti Sejuk Inverter Quattro 4 pintu Midea dan pencuci lantai 3 dalam 1 tanpa wayar,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran kempen ‘Buy Win Fly 2.0' baru-baru ini.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Setiap pengguna Midea yang membeli mana-mana produk Midea layak untuk menyertai peraduan ini sehingga 31 Ogos 2024

Pengguna Midea hanya perlu mengisi borang dengan melayari laman web rasmi Midea Malaysia https://www.midea.com/my/mancitybuywinfly2024 untuk menyertai peraduan besar ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Kehormat Midea Malaysia, Ng Kong Chin berkata, pihaknya sentiasa komited terhadap inovasi dan kualiti ketika mereka terus menghadapi perubahan pesat dalam industri peralatan rumah.

"Fokus kami adalah untuk menggabungkan teknologi canggih dengan amalan mampan, memastikan produk kami bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan.

"Kami komited untuk memperluaskan jangkauan pasaran kami bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, dan memperkayakan portfolio produk kami untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna moden," ujarnya.

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik

Seiring dengan kempen ini, Midea juga melancarkan siri peralatan rumah pintar terbaru mereka, yang direka dan dinaik taraf untuk integrasi yang lancar dengan teknologi AI moden. 

Melalui aplikasi Midea SmartHome, pengguna boleh mengawal persekitaran rumah mereka dengan mudah dengan beberapa klik sahaja, dari penghawa dingin, peti sejuk, mesin basuh, hud dapur dan dapur, ketuhar gelombang mikro hingga robot penyedut debu, meningkatkan keselesaan dan kecekapan rumah.

Untuk mempromosikan lagi kempen ini, trak bergerak kempen Midea akan membuat pameran di sembilan lokasi berbeza di seluruh Semenanjung Malaysia sehingga akhir Ogos 2024. 

Langkah ini bertujuan untuk berinteraksi secara langsung dengan pengguna, menyediakan pengalaman langsung peralatan rumah pintar Midea, dan memberikan maklumat lebih lanjut mengenai penyertaan dalam kempen "Buy Win Fly 2.0".

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment