Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

MUA Bellaz Tampil Mahu Sponsor Makeup Semula Pengantin Ini Setelah 'Dianiaya' Mak Andam

Teruk juga makeup dia.

Cover image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi bakal pengantin, makeup sudah tentu menjadi faktor utama untuk mereka kelihatan berseri di hari bahagia

Namun, baru-baru ini tular mengenai satu perkongsian di Facebook apabila seorang wanita meluahkan rasa sedihnya terhadap 'mak andam' di hari perkahwinannya kerana memberikan servis yang mengecewakan.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, pihak butik tersebut sama sekali tidak dapat menerima teguran dan mengabaikan mesej yang dihantar begitu saja.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

MUA Bellaz bagi keceriaan kepada pengantin mahu sponsor makeup

Disebabkan perkongsian itu telah tular di media sosial, jurumekap profesional terkenal iaitu MUA Bellaz tampil mahu memberikan bantuan untuk makeupkan semula wanita itu.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan MUA Bellaz, dia merasa simpati dengan apa yang menimpa pengantin tersebut.

Dia memberitahu mahu menaja makeup serta pakaian pengantin yang lebih cantik untuk mengembalikan senyuman dan keceriaan kepada wanita itu selepas dianiya mak andam yang telah mengakibatkan dia kerugian besar.

Malah, wanita itu menyambut dengan hati yang terbuka oleh MUA Bellaz itu dan akan menemuinya jika kerajaan membenarkan untuk merentas negeri nanti.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

"Allahu kening itu. Aniaya orang je" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geram dan marah selepas melihat hasil tersebut.

Malah, ramai yang berpendapat mak andam itu sebagai seorang tidak profesional  dan tidak berpengalaman. Ada juga yang meminta nama butik berkenaan agar tidak ditipu sedemikian.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 10K likes, 2K comments dan 7.5K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

Image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Image via Yana Nazaruddin (Facebook)

Kesian dia, nasib ada orang baik hati nak sponsor :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment