MUA 'Sidai' Pengantin Pada Hari Penting - "Kalau Rasa Customer Ramai Jangan Tamak"
Naya orang macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi bakal pengantin, akad nikah merupakan momen paling bermakna dalam hidup mereka
Pada masa inilah anda sah menjadi isteri atau suami kepada pasangan anda. Pastinya perasaan gembira itu tidak boleh diungkapkan, apatah lagi jika anda sudah lama bercinta dengannya.
Sudah tentu, pelbagai persiapan akan dilakukan sebelum majlis diadakan terutamanya bagi pengantin perempuan kerana mereka perlu meneliti banyak perkara terutama pada bahagian solek kerana itu akan sedikit sebanyak menaikkan seri mereka.
Lain pula yang terjadi dengan seorang pengantin yang berkongsi momen ketika jurusolek tidak hadir pada majlis yang dijanjikan.
Image via @bellanawhen (TikTok)
Tak ada minta maaf, terus nak bagi minta mahu refund
Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cik Bella berkongsi kejadian itu menerusi laman TikToknya dan meluahkan dia amat kecewa dengan sikap jurusolek terbabit.
"Majlis mula 2.30 petang, janji dengan makeup artist (jurusolek) mula 1.20 petang. Masa tunggu dia cakap jalan sesak, pukul 2 petang baru sampai. Sampai pukul 3 petang pun tak sampai," tulisnya.
Malah, menurut wanita berkenaan jurusolek itu langsung tidak memberikan ucapan maaf selepas apa yang berlaku.
"Jangan tertipu even tengok account TikTok berbelas-belas ribu followers. Kalau scammer tetaplah scam!," tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu jurusolek terbabit mengatakan akan memberikan refund padanya, namun sehingga sekarang duit tersebut masih tidak diterima.
Lihat video di bawah:
Siapa je tak gelabah kan bila berlaku macam ni, kesian juga dekat pengantin tu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment