Muat Naik Status Tentang 'Attention Seeker', Athira Yuhada Minta Jaga Perasaan Orang Lain
Status itu dimuat naik melalui Facebook story.
Sejak dua menjak ini, masalah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya, Shuhada menjadi bualan hangat netizen
Image via Berita Harian
Keretakan rumah tangga mereka hangat diperkatakan orang ramai selepas timbul khabar angin puncanya adalah gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu Athira Yuhada.
Pada awalnya, Hafidz menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan hubungan dengan isterinya baik-baik saja.
Namun, selepas beberapa hari isu hangat itu sering muncul di media sosial, tiba-tiba keluar pula berita mengenai penceraian mereka berdua.
Status Athira di Facebook story pula curi tumpuan ramai
Terbaru, Athira Yuhada yang dilabel sebagai 'penyondol' rumah tangga Hafidz dan Shuhada tiba-tiba memuat naik beberapa status melalui Facebook story seolah-olah ingin menujukan kepada seseorang.
Dia berkongsi maksud ‘attention seeker’. Walaupun dia tidak memetik nama sesiapa dalam status itu, ramai yang mendakwa ia ditujukan kepada pihak di sebelah sana.
Lihat status tersebut di bawah:
Image via Athira Yuhada (Facebook)
Image via Athira Yuhada (Facebook)
Terdahulu, Shuhada yang telah diceraikan oleh Hafidz Roshdi mendedahkan dia telah ditumbuk sehingga meninggalkan parut kekal di wajahnya. Susulan kejadian itu, Hafidz telah ditahan dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas memberikan keterangan lanjut.
Tak tahulah dia tujukan dekat siapa status tu. Tapi, rasanya berdiam diri lebih baik kot? :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment