"Mungkin Rasa Cikedis" - Budak Perempuan Ini Selamba Kunyah Petai Buat Macam Jajan
Wow! Hebatnya awak dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, kita sering melihat orang dewasa saja yang gemar makan ulam-ulaman seperti petai, jering, pegaga dan sebagainya
Jarang kita nampak budak-budak suka makan ulam kerana rasanya yang pahit dan tidak sesuai dengan citarasa mereka.
Namun, tular baru-baru ini rakaman seorang kanak-kanak perempuan selamba mengunyah petai di majlis kenduri kahwin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba ratah petai macam jajan, ibu pula risau tak ada orang nak buat menantu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @juztmejay, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di meja makan sebuah majlis kahwin bersama ibunya.
Apa yang mencuri tumpuan orang ramai adalah apabila dia dilihat sedang meratah beberapa biji petai dengan riak muka yang selamba, seolah-olah tidak merasa pahit.
Bukan itu saja, dia siap beratur lagi sekali hanya untuk mengambil lagi sepapan kecil petai di bahagian lauk kenduri tersebut.
Melihat telatah anak yang mengunyah petai seperti jajan, ibunya sempat menulis di video "ghisau tak ada orang nak buat menantu".
Image via @juztmejay (TikTok)
"Makan petai ke makan kacang tu? Awet muda la nanti kau dik" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 165.9K tontonan, 8.9K tanda suka dan 1.1K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kanak-kanak itu yang berani makan petai sejak kecil kerana banyak khasiatnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Image via @juztmejay (TikTok)
Dia buat petai tu macam gula-gula je ya. Terbaiklah dik! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment