Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nak Lapor Pihak Atasan, Wanita Marah Pemandu Bas Lambat Buka Pintu - "Angin Tak Bertempat"

Apa marah-marah ni.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemudahan pengangkutan awam perlulah dijaga untuk kegunaan bersama

Dengan adanya kemudahan pengangkutan awam ini, ia telah menjimatkan banyak perkara kita terutamanya masa kerana kita tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas.

Namun, ada kalanya pengangkutan awam boleh menjadikan masa kita lambat kerana ramai yang menaikinya. Kita juga tidak bolehlah nak salahkan pekerja itu kerana mereka juga bekerja mengikut masa dan panduan yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita memarahi seorang pemandu kerana dia lambat membuka pintu bas.

Image via googleapis.com

Menerusi video tersebut, seorang pemandu menunjukkan dia telah dimarahi oleh seorang penumpang bas.

Hal itu berlaku gara-gara penumpang wanita itu tidak berpuas hati terhadap pemandu bas tersebut kerana lambat membuka pintu bas.

Malah, penumpang dan pemandu bas berkenaan telah merakam kejadian terbabit menggunakan peranti masing-masing sebagai bukti.

Dipercayai, pemandu bas tersebut yang merupakan seorang wanita sudah berumur dan dia telah cuba memberitahunya dengan cara yang baik. Namun, penumpang itu tetap memarahinya dan meminta nombor pihak atasan untuk dia melaporkan perkara tersebut.

"Angin tak bertempat, sabar diriku sabar" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan yang memarahi pemandu bas itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.4M views, 5.1K repost dan 832 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada laman X:

Lihat video itu di bawah:

Masalahnya boleh je kot cakap baik-baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment