Dijual Dengan Harga RM17 Sebiji, Individu Hampa Tak Dapat Donut Cromboloni Diharapkan
Tak baik buat customer macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sekarang ini tengah viral mengenai makanan popular iaitu donut cromboloni
Kita dapat lihat ramai yang berkongsi makanan ini. Donut ini berbentuk bulat dan mempunyai inti di dalamnya dengan pelbagai perisa. Malah, ia dilihat ranggup di bahagian luar dan lembut di dalam.
Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba makanan viral ini dengan membelinya sehingga sanggup beratur panjang.
Namun, lain pula dengan wanita ini yang kecewa dengan cromboloni yang dibelinya telah mencuri perhatian.
Kecewa harga tak berbaloi dengan hasil
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi semasa itu dia mahu membeli donut cromboloni di sebuah kedai.
Namun, selepas mendapatnya dia merasa kecewa dengan makanan yang dibelinya itu. Dapat dilihat ia berada di luar jangkaannya.
Donut itu dilihat nipis dan berlubang di bahagian tengah. Perkara itu membuatkan dia hampa dengannya, ditambah pula harganya bukan murah. Ianya RM17 sebiji untuk donut itu.
"Ni bukan cromboloni, ni gapodioni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 588.6K views, 20.1K likes dan 698 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!