seismik

Gara-Gara Biarkan Anak Bermain, Patung Ironman Bernilai RM10,000 Ini Habis Pecah Berderai

Harga dia bukan sikit-sikit.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kedai di Indonesia terpaksa menanggung kerugian bernilai lebih RM10,000 selepas seorang budak tidak sengaja merosakkannya

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Iconic Gelato & Bistro Yogyakarta iaitu merupakan sebuah restoran ais krim yang terkenal dengan hiasan tema watak adiwira filem Hollywood.

Namun, patung itu mengalami kerosakan terus apabila kanak-kanak tersebut tidak sengaja menjatuhkannya yang dianggarkan berharga 33 juta Rupiah Indonesia, bersamaan dengan sekitar RM10,450.

Image via X

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pekerja sedang mengutip serpihan patung yang pecah itu. Turut didengari, tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai adalah perbuatannya.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan punca sebenar kemalangan itu berlaku.

Terdapat satu gambar yang menunjukkan kedudukan patung tersebut sebelum kejadian dan memaparkan larangan menyentuh hiasan tersebut.

Difahamkan, pihak kedai berkenaan tidak menuntut sebarang ganti rugi lagi setakat ini.

Lihat video itu di bawah:

Harga patung tu dah macam-macam benda boleh beli tau :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: