seismik

Terkejut Sampai Hotel Yang Ditempah Dari Apps Gelap & Sunyi - "Reception Pun Takde Orang"

Scary betul!

Cover image via @ehhaimann (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menempah hotel secara dalam talian sememangnya lebih memudahkan

Malah, kita juga boleh melihat interior bilik hotel menerusi gambar yang disediakan. Tetapi, bukan semua gambar yang diberikan boleh dipercayai. Bak kata pepatah ‘Indah khabar dari rupa’.

Begitulah yang dihadapi oleh seorang lelaki yang terkejut setibanya di kediaman hotel yang ditempahnya melalui sebuah aplikasi.

Terkejut tengok keadaan hotel

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan ketika itu sedang berada di sebuah apartment yang baru ditempahnya di Ipoh, Perak melalui sebuah aplikasi.

Difahamkan, dia dan keluarganya memilih untuk menginap di situ kerana kesuntukan masa dan sudah lewat pagi. Jadi, mereka memilih untuk menginap satu malam saja dan pulang pada keesokan harinya.

Namun, setibanya di apartment berkenaan dia terkejut melihat keadaannya yang begitu gelap dan sunyi. Malah, tiada seorang pun pelayan di bahagian reception yang melayan mereka dan semuanya diletakkan di atas meja saja.

Situasi itu membuatkan mereka sekeluarga terus beredar dan tidak mahu menginap di situ kerana takut akan suasananya.

"Saya pun pernah menginap di sini. Memang scary bila malam" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ada juga yang berkongsi pengalaman mereka tinggal di sini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 561.2K views, 21.4K likes dan 496 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Terus tak ada mood nak bermalam dekat situ :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: