"Nak Makan, Tapi Dah Tiada Tempat" - Netizen Geram Ramai Student Jadikan McD Port Belajar
McD tempat makan, bukan tempat study.
McDonald's merupakan jenama makanan fast food yang paling dikenali di seluruh dunia
Iyalah, pasti ramai antara kita tahu tentang kewujudan jenama McDonald's kerana servis dan produk makanan mereka yang lazat-lazat.
Baru-baru ini, tular satu aduan di Facebook berkenaan seorang warganet yang rimas dengan suasana McDonald's di Putrajaya yang dijadikan tempat belajar telah mengundang perdebatan ramai.
Lihat aduan penuh di bawah:
Image via Komuniti Putrajaya - Official
Ingat datang sebab nak dine in, sekali ramai student buat kerja sekolah
Menerusi aduan yang dimuat naik oleh Mohd Lutfi di page Komuniti Putrajaya - Official, pemilik akaun itu dilihat mengajukan masalah berkenaan kesukaran untuk dine in di McDonald's Presint 2, Putrajaya.
Jelasnya, niatnya untuk mencari ruang meja makan di McDonald's ternyata gagal kerana ramai para pelajar membuat kerja sekolah di situ.
"Mcdonald Presint 2 bukan tempat untuk anak-anak menyiapkan kerja sekolah atau assigment. Orang datang situ nak makan takde tempat. Order air secawan, duduk 5 jam. Parah", katanya.
Image via Mohd Lutfi
"Bagi je la, kita yang tua-tua ni bungkus makan dekat tasik lagi tenang" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan kini telah meraih 428 tanda suka, 238 komen dan 7 perkongsian di Facebook.
Rata-rata netizen turut meminta supaya biarkan sahaja mereka belajar. Malah, ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan itu.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Komuniti Putrajaya - Official
Image via Komuniti Putrajaya - Official
Image via Komuniti Putrajaya - Official
Benda ni bukannya perkara yang baru, sejak min sekolah rendah lagi memang padat dengan budak-budak sekolah kat situ :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment