"Nasib Anak Bongsu" - Pemuda Baru Nak Healing Sekali Kena Ambil Gambar Kakak Ini Cuit Hati
Siap pakej kena jaga anak buah ya.
Kebiasaannya dalam adik-beradik, anak bongsu lah yang menjadi mangsa untuk menjaga anak buah betul tak?
Senang cerita, kalau kakak atau abang nak keluar berdua, si bongsu inilah yang akan jadi instant babysitter anak mereka.
Kalau diajak berjalan pun, mesti akan ada tugas yang diberikan kepada si bongsu. Nak tak nak, terpaksalah ikutkan saja.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang pemuda disuruh mengambil gambar kakaknya di taman tema air telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video itu di bawah:
Baru nak healing, sekali kena panggil suruh ambil gambar wide angle
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shamirulrodhi, kelihatan pemuda itu sedang syok merakam dirinya yang sedang mandi di Desaru Coast Adventure Waterpark.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila kakaknya menjerit memanggil dari belakang untuk meminta mengambil gambar keluarganya.
Pada awalnya, pemuda tersebut sengaja buat-buat tak dengar apabila dipanggil. Tetapi, akhirnya dia terpaksa berpatah balik untuk mengambil gambar mereka.
Image via @shamirulrodhi (TikTok)
"Oh macam ni rupanya perasaan adik bongsu saya. Anak bongsu can relate, haha" - Warganet
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih 147.4K views, 10.1K likes dan 1.6K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @shamirulrodhi (TikTok)
Image via @shamirulrodhi (TikTok)
Image via @shamirulrodhi (TikTok)
Nak buat macam mana kan bang, benda kakak dah sponsor jadi kenalah tolong :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment