"Nak Merasa Jalan Juga" - Nenek Cuba Tolak Cucu Guna Wheelchair Ini Buat Ramai Terhibur
Terbalik pula ya.
Kebiasaannya, orang tua seperti nenek atau atuk kita perlukan kerusi roda dalam rutin harian mereka
Iyalah, kaki mereka sudah tidak berapa kuat dan memerlukan rehat yang secukupnya. Oleh sebab itu, mereka memerlukan kerusi roda untuk memudahkan perjalanan.
Tetapi lain pula jadinya apabila sebuah video nenek yang menolak cucu menggunakan kerusi roda telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nenek saja nak try berjalan tolak cucu guna wheelchair
Menerusi video berkenaan, kelihatan gelagat seorang gadis dan neneknya dirakam dan dimuat naik ke akaun TikTok.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis yang muda itu dilihat duduk di kerusi roda dan kerusi itu ditolak oleh neneknya. Dipercayai kerusi roda itu milik neneknya.
Mereka berdua dilihat tersengih dan tergelak kerana perkara yang terjadi itu luar biasa. Kebiasaannya, nenek yang akan duduk di atas kerusi roda dan ditolak tapi ini lain pula.
Image via @useralamdiqin888 (TikTok)
"Nenek : Tulang aku sakit dah ni lama-lama pulak duduk sikit sikit dahla" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 666K tontonan, 121K tanda suka dan 566 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @useralamdiqin888 (TikTok)
Image via @useralamdiqin888 (TikTok)
Image via @useralamdiqin888 (TikTok)
Image via @useralamdiqin888 (TikTok)
Nenek pun bosan asyik duduk je memanjang! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment