Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Lebih Racist Dari UK!" - Komen Netizen Bila Lelaki Kenya Nak Sambung Belajar Di Malaysia

Menurut survey, Malaysia berada di ranking kedua negara paling rasis untuk didiami

Cover image via reddit.com kosmo.com.my

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, terdapat sebuah hantaran di Reddit oleh seorang lelaki berkulit hitam yang berhasrat untuk menyambung pelajaran di Malaysia

Hantaran itu telah mendapat banyak reaksi dari penggua Reddit yang rata-ratanya bersifat negatif

Lihat perkongsian tersebut di bawah:

Image via reddit.com

Malaysia dikatakan lebih rasis daripada UK

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu bertanya kepada netizen tentang apa isu yang bakal dihadapinya sebagai seorang pelajar berkulit hitam di Malaysia.

Soalan itu dijawab oleh beberapa pengguna Reddit yang lain dan mereka mengatakan isu perkauman merupakan salah satu isu utama yang sering dihadapi bangsa kulit hitam di Malaysia.

Ada antara komen mengatakan bahawa isu perkauman di Malaysia berlainan sedikit berbanding di luar negara di mana orang asing akan cenderung untuk dipulaukan dan diabaikan oleh rakyat tempatan.

Ini berbeza jika dibandingkan di barat yang mana sifat perkauman itu boleh melibatkan gangguan dan penderaan secara fizikal.

Ada juga yang menyatakan Malaysia mempunyai masalah perkauman yang lebih teruk daripada masalah perkauman di UK.

Image via reddit.com

Image via reddit.com

Malaysia berada di ranking kedua negara paling rasis untuk didiami, menurut survey

Berdasarkan survey tentang diskriminasi kaum yang boleh dilihat di laman web indexmundi.com, Malaysia berada di ranking kedua selepas Afrika Selatan.

Tinjauan yang dilakukan itu merangkumi 76 buah negara di mana negara yang terakhir berada dalam ranking berikut adalah Tanzania.

Image via indexmundi.com

Jadi, korang setuju tak dengan komen-komen tersebut?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment