Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Netizen Malaysia Buat Kecoh Lepas Tengok Laman UK Ni Buat Eksperimen Aiskrim Tengah Panas!

Di Malaysia, tak sampai 5 minit aiskrim ini dah cair.

“Aduh, panasnya cuaca…,” keluh kita semua.

Cuaca panas dan kering merupakan fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.

Malah, kadang-kadang baru saja mandi dan tukar pakaian tapi badan dah berpeluh lagi. Tekak pula asyik rasa haus walaupun sudah minum air bergelas-gelas.

Image via SelangorKini

Paling tidak best, bukan waktu siang sahaja yang panas, detik tidur malam pun terganggu ekoran badan tidak berhenti berpeluh. Padahal sudah pasang aircond pada suhu terendah dan kipas pada level yang paling kuat.

Tapi nak buat macam mana? Terpaksalah hadap sampai jadi terbiasa.

Baru-baru ini viral sebuah video memaparkan satu 'eksperimen' dijalankan pada sebatang aiskrim bagi memeriksa suhu cuaca di tengah bandar England

Video ringkas berdurasi 35 saat tersebut telah dimuat naik di laman Twitter oleh akaun @TheSun, iaitu sebuah laman media bagi akhbar terbesar di Britain.

Dalam video tersebut, satu eksperimen telah dijalankan bagi melihat betapa panasnya bandaraya United Kingdom pada masa kini. Caranya, dengan menyaksikan berapa lama masa yang diambil sebelum sebatang ais krim mencair di bawah panas terik matahari.

Ternyata masa yang diambil adalah sekitar 20 minit dalam suhu 36 darjah Celcius.

Paling menarik, ekoran tularnya video itu, ramai pula netizen dari Malaysia yang bikin kecoh dan mula compare dengan cuaca panas terik di tanah air

Tapi betul juga apa yang orang kita cakap. Di Malaysia ini, tak sampai 5 minit, aiskrim sudah cair.

Antara komen menarik daripada netizen:

Malaysia memang panas nokharom. Sebab itu, jangan lupa minum air untuk stay hydrated!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Sebelum ini laman Food Insider USA tunjuk cara buat sos 'Worcestershire' pun netizen Malaysia bikin kecoh!

Sebelum ini beberapa kali dah orang kita masuk laman USA:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment