seismik

Laman Food Insider USA Tunjuk Cara Buat Sos 'Worcestershire', Tapi Netizen Kata Itu Budu!

Bahan kandungan utama sos Worcestershire ialah bawang merah, bawang putih, cuka, dan juga ikan bilis.

Cover image via Shopee & VitDaily

Sebuah video memaparkan cara membuat sos yang terkenal di negara England iaitu sos Worcestershire telah tular di laman Twitter

Video berdurasi 7 minit dan 11 saat itu telah dimuat naik akaun Food Insider iaitu sebuah laman media dari Amerika Syarikat yang menceritakan khas mengenai makanan dari serata dunia.

Dalam video tersebut telah dipaparkan sejarah kewujudan sos Worcestershire yang mendapat namanya bersempena dengan lokasi asal kilang sos tersebut yang diperbuat di sebuah bandar di England.

Dikhabarkan sos Worcestershire ini digunakan dengan pelbagai cara iaitu sebagai perapan daging atau ayam, untuk dicicah, dan sebagai bahan untuk minuman beralkohol, Bloody Mary.

Image via The Kitchn

Kelihatan juga dalam video tersebut bahan kandungan utama sos Worcestershire iaitu bawang merah, bawang putih, cuka, dan juga ikan bilis.

Menariknya, susulan daripada tularnya video berkenaan, beberapa netizen daripada Malaysia mula menyuarakan yang sos Worcestershire itu sebenarnya budu je!

Seperti yang umum sudah tahu budu ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis dan merupakan makanan tradisional yang terkenal di sebelah Pantai Timur Malaysia terutamanya di negeri Kelantan.

Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur dan boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam, dan air perahan limau nipis. 

Berdasarkan tinjauan di laman Twitter, terdapat beberapa netizen yang berseloroh dengan berkata seolah-olah orang British 'mencuri' sos kebanggaan tanah air

Walau bagaimanapun, rata-rata mengakui bahawa resipi budu keluaran asli tetap lagi sedap berbanding yang yang di'ciplak' itu.

Antara komen menarik daripada netizen:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebenarnya beberapa kali dah orang kita masuk laman USA!

You may be interested in: