Video Bomba Kita Selamatkan Penyu Terjerat Pada Jaring Ini Viral, Media USA Pun Share!
Seekor penyu seberat kira-kira 15 kilogram dipercayai tersangkut dalam jaring menjala ikan ketika berada di dalam laut sebelum dihanyutkan ke persisiran pantai.
Sebuah video memaparkan seekor penyu yang hampir mati kerana terjerat dalam jaring tapi diselamatkan anggota bomba telah tular di laman Twitter
Video berdurasi 3 minit itu telah dimuat naik oleh akaun The Dodo, iaitu sebuah laman media dari Amerika Syarikat yang menceritakan tentang kisah haiwan, khas untuk pencinta haiwan.
Dalam video itu dapat dilihat beberapa anggota bomba cuba sedaya upaya menyelamatkan penyu itu daripada terus terjerat dalam jaring. Masing-masing menggunakan gunting bagi membebaskan penyu terbabit daripada jaring berkenaan.
Meskipun ianya hanyalah seekor haiwan, namun dapat dilihat betapa hampanya wajah penyu itu pada awal video tersebut namun terus berubah kepada gembira setelah akhirnya bebas.
Penyu itu kemudiannya dilepaskan ke dalam laut.
Menariknya, lokasi kejadian berkenaan adalah di tanah air bermakna anggota bomba yang terlibat adalah dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia!
The Dodo turut berkongsikan rakaman video sama di laman Facebook rasminya dengan caption, "Wira-wira menyelamatkan penyu laut ini daripada tejerat dalam jaring", yang telah mendapat lebih 12 ribu likes dalam masa hanya 40 minit setelah dimuat naik.
Buat yang tidak tahu, sebenarnya insiden ini telah berlaku pada 19 Januari tahun lalu di Taman Rekreasi Pantai Mersing, Johor
Seekor penyu seberat kira-kira 15 kilogram dipercayai tersangkut dalam jaring menjala ikan ketika berada di dalam laut sebelum dihanyutkan ke persisiran pantai.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussine, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian.
Susulan daripada itu sebuah jentera bersama enam anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi kejadian, penyu itu didapati tidak dapat bergerak kerana tersangkut dalam jaring yang turut mempunyai sampah seperti plastik makanan dan bungkusan.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira tujuh minit bagi membantu melepaskan penyu itu daripada jaring dengan menggunakan gunting jenis ‘medical scissor’,” katanya kepada Berita Harian.
Difahamkan penyu bekenaan tidak mengalami sebarang kecederaan lalu dilepaskan di pantai berhampiran.