"Struggle Kena Yakinkan Orang Saya Tulen" - Gadis Bersuara Lelaki Jawab Persoalan Ramai
Itu memang suara dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, perempuan mempunyai suara yang lemah lembut dan lebih kecil berbanding lelaki
Tetapi, anda juga pasti pernah lihat lelaki bersuara wanita ataupun wanita bersuara lelaki kan? Kadang kala macam tak percaya itu suara mereka dan mula lah menimbulkan pelbagai fitnah.
Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis yang bersuara seperti lelaki telah mencuri perhatian ramai.
Image via @harszanjualrumah (TikTok)
Tunjuk gambar dengan ibu bapa sebab ramai tak percaya
Menerusi video tersebut, dapat dilihat suara gadis berkenaan begitu garau dan dalam tidak ubah seperti suara lelaki.
Disebabkan itu, ramai yang telah bersangka buruk dan ada yang menuduhnya dengan memberitahu dia sebenarnya adalah lelaki dan sebagainya.
Dia kemudian tampil menujukkan gambar-gambarnya semasa kecil bersama dengan ibu bapanya untuk membuktikan dia memang seorang perempuan yang tulen.
Kongsi pernah jumpa doktor, diri sihat saja
Ditanya mengenai sejak bila dia mula menyedari suaranya berubah begini, gadis itu memberitahu ia berlaku sejak dia berumur 17 ke 18 tahun.
"Suara saya dalam fasa ni memang banyak crack , masih kedengaran gegirl tapi sometime ada crack here and there, completely garau after saya 19 tahun," katanya kepada Seismik.
Malah, dia juga berkongsi pernah berjumpa dengan doktor untuk memeriksa keadaannya dan doktor memberitahu bahawa dia baik-baik dan sihat saja.
"Saya pernah jumpa doc di klinik-klinik kecil dalam Kluang je untuk check keadaan macam tonsil ataupun peti suara ke apa, tapi alhamdulillah saya sihatt walafiat," katanya kepada Seismik.
Berkongsi cabaran yang perlu dihadapinya adalah apabila mahu menyakinkan orang bahawa dia perempuan tulen.
Dia menambah antara perkara positif yang ada pada dirinya adalah dia boleh menjaga dirinya sendiri apabila seorang diri dan juga boleh menolong orang lain dari diganggu oleh lelaki-lelaki yang 'nakal' dan jahat.
"Suara hensem mat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views, 112.5K likes dan 1,975 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @harszanjualrumah (TikTok)
Image via @harszanjualrumah (TikTok)
Image via @harszanjualrumah (TikTok)
Image via @harszanjualrumah (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Min pun terpegun juga dengar suara dia! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment