Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gadis-Gadis Ini Pakai Baju Kurung Ala Raja Permaisuri Agong. Tak Sangka Tuanku Pun Puji!

Cantiknya!

Cover image via Twitter @NurArishah2

Susulan pelantikan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, maka secara rasminya Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru

Image via Google

Memiliki raut wajah yang manis serta penuh dengan kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, Tunku Azizah merupakan seorang Raja Permaisuri yang sangat berjiwa rakyat dan cukup disenangi rakyat jelata khususnya di negeri Pahang.

Selain dikenali dengan kehandalan memasaknya, penampilannya yang bertudung litup dan sering berbaju kurung mendapat pujian serta menjadi inspirasi rakyat jelata.

Image via Malaysia Dateline

Umum sudah mengetahui bahawa kebanyakan busana Tunku Azizah merupakan hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizalman yang telah bekerjasama dengan baginda selama 15 tahun.

Image via Google

Menurut Rizalman, beliau sendiri kagum dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang disifatkan sebagai ringkas namun mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Image via Instagram @kajphotography74

Image via Google

Dalam mereka busana Tuanku, pereka fesyen itu berkata, "Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja."

Baru-baru ini sekumpulan pelajar perempuan dari SMK Seksyen 24(2) telah menjadikan gaya Raja Permaisuri Agong sebagai inspirasi ketika sesi photoshoot untuk gambar kelas mereka

Image via Twitter @sarahmiisha

Image via Twitter @sarahmiisha

Image via Twitter @sarahmiisha

Menerusi laman Twitter, salah seorang daripada pelajar perempuan tersebut iaitu Sarah Misha telah berkongsikan gaya pemakaian baju kurung mirip Raja Permaisuri Agong, yang juga merupakan idola mereka.

Mengadakan sesi photoshoot kelas di Eco Ardence, Setia Alam, Sarah bersama rakan sekelasnya yang lain hanya menggunakan selendang dan pin sahaja bagi mendapatkan gaya tersebut. Siap ada yang minta mereka buat tutorial lagi!

Image via Twitter @sarahmiisha

Lagi gambar hasil daripada photoshoot tersebut:

Image via Twitter @hemsterzulhakim

Image via Twitter @hemsterzulhakim

Paling best sekali apabila Tunku Azizah sendiri memuji gadis-gadis itu menerusi laman Twitter peribadinya

Image via Twitter @cheminahsayang

Dah kalau cantik di mata Tuanku, apatah lagi di mata para netizen.

Rata-rata netizen turut sama kagum dengan cara pemakaian baju kurung sebegitu yang dilihat cantik, manis, serta sopan.

Image via Twitter @sarahmiisha

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca di bawah biodata penuh Tunku Azizah:

Memang berjiwa rakyat!

Lagi artikel di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment