Pakistan Perkenal Syarikat Penerbangan Swasta Terbarunya Dinamakan 'AirSial'
Bakal beroperasi sepenuhnya pertengahan bulan Disember ini.
Syarikat penerbangan swasta ketiga Pakistan, AirSial yang sebelum ini menangguhkan penerbangan pertama pada Jun 2020 akibat penularan pandemik Covid-19 akan mula beroperasi pertengahan bulan ini
Image via AirSial (Facebook)
Menerusi sumber, penerbangan pertama AirSial menggunakan pesawat Airbus A320 itu telah tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Ahad lalu.
Menurut laporan portal Profit lagi, kesemua operasi penerbangan AirSial dikatakan akan bergantung sepenuhnya pada tiga buah pesawat Airbus A320-200 yang dipinjam daripada AerCap.
Syarikat AerCap adalah syarikat pinjaman pesawat terbesar di dunia yang berpangkalan di Dublin, Ireland.
AirSial juga mempunyai perancangan mengembangkan rangkaian penerbangan mereka ke negara-negara seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Bahrain dan Malaysia
Meraikan penerbangan pertama AirSial ke Pakistan, bekas kapten pasukan kriket kebangsaan, Shoaib Malik memuat naik status di Twitter bagi meluahkan rasa bangganya.
“Akhirnya pesawat AirSial A320 yang dinanti-nanti telah tiba, ini waktu yang membanggakan buat semua orang di bandar Sialkot yang turut bekerja keras sepanjang proses ini,” katanya.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment