Panduan Untuk Solat Tarawih Di Rumah Secara Sendirian Bagi Wanita
Boleh buat bersama selepas ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bulan Ramadan sememangnya waktu yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia
Pada bulan inilah ganjaran pahala digandakan dan penuh dengan keberkatan. Bagi kaum lelaki jika dilihat tiada masalah untuk mereka pergi ke masjid, namun bagi wanita ia pasti banyak kekangan tambahan lagi jika anda seorang ibu.
Jadi, jom kami kongsikan kepada anda panduan dan cara solat tarawih bagi perempuan di rumah yang mempunyai kekangan untuk ke masjid.
Solat tarawih dikerjakan setelah mengerjakan solat Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Jadi, selepas ini kaum wanita atau ibu-ibu tak perlu risau kerana anda masih boleh melakukannya sendiri walaupun tidak dapat ke masjid.
Lafaz niat dan jumlah rakaat solat tarawih
Bilangan rakaat Solat Tarawih adalah 8 atau 20 rakaat. Ia dilakukan secara 2 rakaat - 2 rakaat dan begitulah seterusnya sehingga cukup 8 atau 20.
Solat tarawih perlu dimulakan dengan lafaz niat sembahyang sunat tarawih (rujuk gambar di bawah).
Image via RedPlusTV (YouTube)
Bacaan Surah dalam Solat Tarawih
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca semasa solat sunat tarawih. Namun, anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Sebagai cadangan, surah-surah berikut biasanya dibacakan dalam Solat Tarawih 8 rakaat:
Image via Aku Islam
Cara Solat Sunat Witir Selepas Tarawih
Solat Witir boleh dilakukan satu rakaat, tetapi bagi had yang sempurna ialah sekurang-kurangnya tiga rakaat (dua kali salam).
Niat Solat Witir 1 rakaat:
Image via RedPlusTV (YouTube)
Niat Solat Witir 3 raakat:
Image via RedPlusTV (YouTube)
Untuk cadangan surah, anda boleh bacakan seperti berikut:
- Rakaat pertama: Surah al-Fatihah dan surah al-A’la.
- Rakaat kedua: Surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
- Rakaat ketiga: Surah al-Ikhlas/al-Falaq/an-Nas.
Doa selepas solat Sunat Witir:
Doa Penutup Selepas Solat Witir:
Jangan risau tak dapat solat berjemaah di masjid, buat sendiri pun boleh :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment