"Panggil Ayah Jelah" - Banyak Kali Ajar Anak Sebut Abi, Sekali Dia Panggil B*bi Pula
Haih sia-sia bapak dia ajar.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memiliki anak kecil selalunya akan menceriakan suasana di rumah
Iyalah, merekalah penghibur hati ibu bapa. Kadang gelagat mereka yang comel memang membuatkan kita geram.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan memanggil abinya dengan panggilan lain telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah ajar panggil abi, tapi masih tersasul panggil babi
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang berbual dengan ayahnya di ruang tamu.
Namun apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak itu dilihat memanggil ayahnya babi. Perkara itu sangat melucukan apabila ayahnya sudah bekali-kali mengajarnya untuk menyebut abi dan bukan babi.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Lembut je makian dia, ni kira derhaka ke?" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.8M tontonan, 227K tanda suka dan 10K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @abi_chempaka (TikTok)
Image via @abi_chempaka (TikTok)
Image via @abi_chempaka (TikTok)
Image via @abi_chempaka (TikTok)
Aduhai lawak lah, macam mana boleh tersasul teruk ni! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment