seismik

[VIDEO] Wanita Kongsi Tips Hilangkan 'Kutu Beras' Guna 1 Bahan Saja Ini Memang Menjadi

Lepas ni boleh amalkan!

Cover image via @nz.pgs (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernah atau tidak anda mengalami serangan kutu dalam beras di rumah?

Jika pernah, perkara ini memang sangat menyusahkan kerana pelbagai cara telah dilakukan tetapi masih tidak dapat menghalau kutu beras. Tidak kisahlah dalam plastik ataupun bekas tempat letak beras. Ada saja kutu yang merayap. 

Jangan risau, tular sebuah video tentang tips menghilangkan kutu beras menggunakan satu bahan dapur telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@nz.pgs

Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya nimoga beri manfaat pada semua para emak2 part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage

Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) - normuhammadhafiezhayqal

Gunakan sebiji bawang putih dan letakkan dalam beras

Menerusi video perkongsian tersebut, wanita itu dilihat mengalami serangan kutu dalam beras di rumahnya. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia berkongsi cara untuk menghilangkan kutu beras dengan mudah.

Tipsnya adalah anda perlu menggunakan sebiji bawang putih dan dipotong bahagian tengah. Kemudian, letak dalam beras untuk beberapa hari. Kutu beras akan keluar daripada beras tersebut. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@nz.pgs

Reply to @baman_codm done part 2,sorry lambt buat part 2,maklum la emak2 baru on tt

Pargoy Daun - putri_pass
@nz.pgs

Ramai tnya kutu beras tu ke mana..tgok la ni berkawat nak keluar pastikn guna bekas tak tinggi supaya senang nak lari & lari ke mana jatuh lantai saya terus sapu tkut merayap tpt lain#foryoupage #sandakansabah

Semut Berkawad - Didi & Friends

"Akhirnya terjumpa juga tips halau kutu beras. Terbaik lah tips ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.5M tontonan, 165K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berterima kasih kepada wanita itu kerana berkongsi tips yang bermanfaat. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berguna betul tips ni, boleh cuba dekat rumah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: