Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Panggil Rakan Sekerja 'Sayang, Dear & Sexting' Kini Dikategorikan Sebagai Gangguan Seksual

Mana-mana pegawai awam yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Cover image via Wedpedia Regain

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penjawat awam yang curang atau menjalin hubungan sulit, serta memanggil rakan sekerja dengan gelaran 'sayang' atau 'dear' boleh dikenakan tindakan tatatertib

Menerusi laporan Berita Harian, itu antara jenis gangguan seksual dan kesalahan diperincikan dalam satu surat edaran oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Menurut surat bertarikh 7 April lalu, ucapan 'sayang' dan 'dear' oleh mana-mana pegawai awam yang mengganggu mangsa dikategorikan sebagai kesalahan gangguan seksual secara lisan.

Tindakan menyentuh, memegang, raba, cium, cubit, usap, peluk, merapati dan seumpamanya oleh penjawat awam pula adalah kesalahan gangguan seksual secara fizikal.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Penjawat awam juga dianggap melakukan gangguan seksual visual jika menghantar gambar tidak senonoh serta mesej berbaur seks atau 'sexting' menerusi platform seperti WhatsApp dan seumpamanya.

Ketika membuat aduan, mangsa perlu memaklumkan kesan akibat gangguan terbabit secara terperinci seperti menyebabkan fikiran terganggu, perasaan kurang senang, rasa terhina dan sebagainya.

Mangsa juga perlu memaklumkan tempat, masa dan tarikh kejadian, selain tempat bertugas ketika kesalahan itu berlaku.

Semua kesalahan itu boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Surat edaran daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 7 April.

Image via sinarharian.com.my

Pada masa sama, surat edaran dikeluarkan Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib SPA itu turut menggariskan penjawat awam yang terbabit dalam hubungan sulit sebagai kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Kesalahan lain termasuklah tidak hadir bertugas, tidak ketik kad perakam waktu, mengemukakan sijil cuti sakit palsu, penyalahgunaan dadah, membuat penyataan awam di media sosial dan kesalahan perolehan.

Hukuman bagi setiap kesalahan pula akan ditentukan Lembaga Tatatertib berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, sama ada amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment