Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Akibat Stres & Tekanan Hidup" - Pasangan Suami Isteri Ini Bawa Bayi Rentas 200KM

Mereka nekad menaiki motosikal.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan musim pandemik telah mengakibatkan sesetengah orang hilang sumber rezeki

Perkara tersebut berlaku kerana tidak semua sektor ekonomi boleh beroperasi semula. Oleh sebab itu, ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan. Banyak sektor ekonomi yang terkesan terutamanya peniaga-peniaga kecil.

Baru-baru ini tular sebuah kisah tentang sepasang suami isteri tekad untuk bawa bayinya rentas negeri akibat tekanan hidup telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Tekad menaiki motosikal rentas sejauh 200km akibat tekanan hidup

Menerusi posting berkenaan, dipercayai bahawa tiga beranak itu berasal dari dari Kuala Kurau, Perak.

Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan itu rentas hampir sejauh 200 kilometer ke Selangor akibat tekanan hidup.

Menurut Lembaga Zakat Selangor, keluarga itu pernah meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak. Skuad mereka bergegas segera untuk bantu keluarga ini sebaik saja menerima maklumat tentang mereka yang berada di sebuah hotel bajet.

“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” kata Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.

Berdasarkan rekod mereka sekeluarga tersenarai dalam penerima zakat Selangor sebelum ini. Namun, setelah berpindah ke Perak, bantuan itu ditamatkan. Mereka kini menerima bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak.

Keluarga berkenaan telah ditempatkan di sebuah hotel bajet buat sementara waktu dan bantuan kecemasan sebanyak RM500 turut disalurkan kepada mereka.

Image via ibnuhusain (Facebook)

Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga yang terbabit.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment