Pasrah Hadir Majlis Sanding Suami & Madu, Tapi Kecantikan Isteri Pertama Curi Pula Tumpuan
Dua-dua cantik.
Dalam dunia ini, kebanyakan wanita sukar untuk menerima jika mereka harus bermadu pada awalnya
Iyalah, siapa saja yang mahu melihat suami yang disayangi bermesra-mesraan dengan wanita lain bukan? Namun, siapa kita untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT.
Berbeza pula dengan kisah seorang wanita ini apabila dia menghadiri majlis sanding suami dan madunya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri pertama tolong pinangkan, siap dating dan buat business bersama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @darlingsaraanna_, kelihatan wanita itu sedang berada di majlis persandingan suami dan madunya.
Dia yang memakai busana putih dilihat bergambar di atas pelamin bersama suami dan madunya itu yang lengkap berpakaian songket kuning diraja.
Menurut adik iparnya, wanita itu yang tolong pinangkan madunya untuk si suami. Malah, mereka bertiga selalu dating bersama kerana merupakan rakan bisnes.
"Dua-dua kakak ipar I baik, sayang diaorang," kata gadis itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dia perempuan hebat yang pandai sorok kesedihannya dalam diri sendiri" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 33.7K likes dan 2.5K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai video tersebut. Ramai juga yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @darlingsaraanna_ (TikTok)
Image via @darlingsaraanna_ (TikTok)
Image via @darlingsaraanna_ (TikTok)
Apa-apa pun, kita doakan je yang baik-baik untuk mereka. Tak semestinya kalau bermadu tak bahagia kan? Selamat pengantin baru! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment