"Patutlah Member Selalu Kirim" - Wanita Terkejut Lihat Harga Roti Gardenia Di Sarawak
Harga kayangan.
Jika kita berada di semenanjung Malaysia, rata-rata harga adalah sama dan tidak banyak bezanya
Namun seperti yang kita tahu, lain pula harga barangannya jika kita pergi ke Sabah atau Sarawak kerana ia lebih jauh. Hal ini termasuklah dari pelbagai segi tidak kira makanan ataupun pengangkutan.
Malah, yang paling 'popular' di sana adalah harga roti kerana ia amat berbeza daripada harga semenanjung.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi harga roti Gardenia yang dilihatnya di Sarawak telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
4 kali datang Sarawak, ini pertama kali tengok harga roti
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita semasa itu sedang berada di sebuah kedai runcit.
Dia kemudian menunjukkan harga di bahagian rotinya. Apa yang lebih mengejutkannya adalah harga roti yang mahal dan berbeza ketika dia berada di semenanjung.
Walaupun dia sudah empat kali datang ke Sarawak, tetapi dia memberitahu ini adalah pertama kali dia melihat sendiri harga roti tersebut. Tidak hairanlah mengapa ramai kawannya yang mengirim roti dari semenanjung.
Image via @iamkayrashid (TikTok)
"Boleh beli 3 buku roti kat semenanjung" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 707.8K views, 29.9K likes dan 558 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Image via @iamkayrashid (TikTok)
Memang kayangan betul harga dia, patutlah ramai borong dekat semenanjung :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment