seismik

[VIDEO] Rider foodpanda 'Completed Order' Makanan Atas Gunung Ini Jadi Perhatian Ramai

Sanggup ya.

Cover image via @nasirsabara94 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekerja sebagai penghantar makanan atau rider bukanlah satu perkara yang mudah

Hal ini kerana, ia melibatkan pelbagai risiko berbahaya. Kebiasaannya penghantar makanan ini akan menghantar di kawasan rumah atau bangunan betul tak?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki yang berpakaian seragam foodpanda dilihat seperti menghantar makanan di atas gunung telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Siap galas beg makanan foodpanda atas gunung

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memakai pakaian lengkap rider foodpanda sedang berada di atas Gunung Kinabalu.

Situasi itu membuatkan ramai tertanya-tanya, adakah betul atau sekadar hiburan semata-mata. Menjawab pertanyaan itu, lelaki berkenaan membalas sebuah komen dari netizen dengan menjawab "Tidak lah kak, mendaki gunung jadi saya bawa baju panda saya untuk bergambar."

Difahamkan juga, dia turut membuat persiapan daripada segi fizikal sebelum pendakian tersebut, baru-baru ini.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Ini mesti transport dia awan Goku ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen dihujani dengan pelbagai usikan dan hiburan selepas mereka melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 32.9K views, 1,241 likes dan 89 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kalau betul-betul, mesti mahal cas ni. Iyalah, tinggi kan nak hantar :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: