seismik

[VIDEO] Gadis Ini Kongsi UM Tawar Course 'Nasi Lemak', Ramai Pula Tanya Silibusnya

Biar betul?

Cover image via @neydiawang (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas tamatnya sekolah, pengajian tinggi ke universiti adalah perkara yang ramai nantikan

Di peringkat pengajian tinggi ini sudah semestinya ia sangat berbeza daripada belajar di sekolah. Semakin anda meningat dewasa semakin banyak yang anda belajar. Begitu jugalah dengan kerjaya anda.

Pada masa inilah, anda perlu memilih jurusan apa yang anda minat untuk belajar lebih dan juga berkemungkinan akan bekerja dalam jurusan tersebut.

Namun, lain pula dengan sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi jurusan yang ditawarkan oleh Universiti Malaya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@neydiawang GQH Nasi Lemak and the Food System course in Universiti Malaya? #malaysia dawet jembot ireng - ovt.

Pelik tengok ada tawaran kursus tentang nasi lemak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis semasa itu sedang membuka laman web Universiti Malaya.

Namun, dia kemudian berkongsi terjumpa kursus yang ditawarkan oleh universiti berkenaan. Dapat dilihat dia menunjukkan kursus Nasi Lemak And The Food System. Situasi itu membuatkan dia merasa agak pelik.

"Sumpah la ada course nasi lemak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 685K views, 56K likes dan 1,158 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mesti mahir buat nasi lemak lepas ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: