Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Pedas & Rangup” - Jom Cuba Resepi Sambal Tempe Super Mudah, Memang Bikin Tambah Nasi!

Tak cukup sepinggan!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tempe merupakan makanan berasaskan soya yang berasal dari Indonesia

Selalunya, ia akan dijual dalam bentuk blok segi empat. Lebih menarik, makanan ini sangat versatile kerana ia sedap dimakan dengan apa cara masakan sekali pun.

Anda peminat tempe tetapi dah kekeringan idea nak masak lauk apa? Kalau begitu, jom ikuti perkongsian resepi sambal tempe oleh @umeazhar di TikTok ini. Rasanya pedas-pedas rangup dan memang bikin anda tambah nasi.

Image via @umeazhar (TikTok)

Bahan-bahan:

  • 3 keping tempe
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi 
  • Garam 
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

1. Pertama sekali, potong tempe dalam saiz yang sederhana besar. 

Image via @umeazhar (TikTok)

2. Tuangkan minyak ke dalam kuali dan goreng tempe sehingga ia garing.

Image via @umeazhar (TikTok)

3. Kemudian, tumbuk ikan bilis menggunakan lesung batu.

Image via @umeazhar (TikTok)

4. Selepas itu, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi yang telah dipotong bersama ikan bilis tadi. Tumbuk lagi sehingga ia lumat.

Image via @umeazhar (TikTok)

5. Kemudian, tumiskan bawang dan ikan bilis yang telah ditumbuk tadi bersama minyak yang mencukupi. 

Image via @umeazhar (TikTok)

6. Sementara menunggu tumisan separuh masak, anda boleh tumbuk kasar tempe yang telah digoreng tadi. 

Image via @umeazhar (TikTok)

7. Masukkan tempe yang telah di tumbuk ke dalam tumisan anda. 

Image via @umeazhar (TikTok)

8. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Image via @umeazhar (TikTok)

9. Sambal tempe anda sudah pun siap. Selamat menjamu selera! 

Image via @umeazhar (TikTok)

Kredit resepi: @umeazhar (TikTok)

Tak susah pun sebenarnya nak buat sambal tempe ni. Jom cuba! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment