"Confident Beli Dekat Shopee" - Pemuda Pakai Tuala Pergi Jalan-Jalan Ini Jadi Tumpuan
Nak sikit confident!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perbuatan meletakkan tuala di kepala adalah supaya dapat menyerap air pada rambut yang basah
Kebiasaannya wanita sahaja yang melakukan perkara ini kerana mereka mempunya rambut yang panjang dan ia mengambil masa untuk kering.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan gelagat seorang pemuda yang memakai tuala di kepala telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Confident pergi makan dekat kedai sambil pakai tuala di kepala
Menerusi video yang dimuat naik oleh @fahymr, kelihatan rakaman seorang pemuda memakai tuala di kepala bersama rakan-rakannya.
Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila pemuda itu dilihat confident keluar jalan-jalan dan makan di kedai bersama tuala di kepalanya.
Lebih menarik, pada akhir video itu, pemuda tersebut sempat lagi posing OOTD dalam keadaan melucukan itu.
"Oh patutlah confident dekat Shopee dah habis" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 217.3K views, 23.8K likes serta 263 comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!