seismik

[VIDEO] Jumpa Duit Depan Rumah, Nasihat Wanita Ini Pasal Sihir Raih Perhatian Netizen

Plot twist betul.

Cover image via @cheffazalinakitchen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sihir merupakan perbuatan terkutuk yang melibatkan permintaan daripada pertolongan jin dan syaitan untuk memperolehi sesuatu

Walaupun perkara ini sudah lapuk, namun ia masih diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu yang berhasad dengki untuk memudaratkan kehidupan manusia lain.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan nasihat seorang wanita mengenai sihir telah mencetuskan tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jumpa duit syiling cakap sihir tapi duit kertas laju pula dia ambil

Menerusi video yang dikongsi oleh @cheffazalinakitchen, kelihatan seorang wanita sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.

Sedang dia menyapu sampah, wanita itu terjumpa duit syiling bernilai sepuluh sen di hadapan rumahnya. Dia pun memberi nasihat supaya jangan ambil kerana ia mungkin sihir.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila dia terjumpa duit kertas yang banyak, dia boleh pula terus ambil tanpa rasa malu.

Hal ini membuatkan ramai yang berseloroh bahawa duit syiling itu sihir manakala duit kertas pula rezeki.

"Yang part last tu kena ucap Alhamdullilah mak cik" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 93.7K likes serta 2.3K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak sangka pula ending dia macam tu, terhibur betul! xD

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: