seismik

"Loya Tekak" - Pelanggan Terjumpa Tali Mop Dalam Kuah Roti Canai Ini Buat Ramai Geli

Kebersihan kena utamakan.

Cover image via @yonabii_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Restoran mamak merupakan antara port lepak yang menjadi kegemaran anak muda

Mana tidaknya, ia menyediakan makanan yang pelbagai seperti roti canai, maggi goreng serta nasi kandar. Bukan itu sahaja, restoran mamak juga akan penuh setiap kali terdapat musim bola.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan seorang gadis terjumpa tali mop di dalam kuah roti canai yang dimakannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Siap kunyah dan gigit sebab ingat isi ayam rupa-rupanya tali mop

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yonabii_, kelihatan seorang gadis bersama rakannya sedang menikmati hidangan mereka di sebuah restoran mamak.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila gadis tersebut terjumpa tali mop di dalam kuah roti canai. Dia juga sempat merakam reaksi wajah rakannya yang jelas sangat geli tersebut.

Difahamkan, rakannya itu sempat mengunyah tali mop tersebut kerana dia memikirkan ia adalah isi ayam. 

"Maksudnya kedai ni bersih lah sebab sekali dengan kuah dia mop" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 923.3K views, 38.8K likes serta 1.8K comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak sangka jumpa tali mop dalam kuah. Harap akak bertabah lah ya :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: