seismik

"Tertipu" - Nampak Macam Kes Jenayah, Rupa-Rupanya Anak Tertidur Main Lipstick

Terkejut tengok.

Cover image via @rahma_marhan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, kebanyakan wanita memang suka berhias dan bersolek untuk menjaga penampilan diri mereka

Lebih menarik, ia merupakan lumrah diri mereka yang tertarik dengan kecantikan sejak dari kecil lagi. Jadi tidak hairanlah jika kita selalu melihat kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan alat-alat solekan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak perempuan yang bermain lipstick ibunya telah meraih perhatian ramai. 

Lihat video penuh di bawah: 

Dah habis main lipstick sampai penuh dekat lantai, boleh pula dia tertidur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rahma_marhan, kelihatan dia sedang merakam anaknya yang berada di ruang tamu rumah mereka.

Anaknya dilihat terbaring di atas lantai bersama kotoran yang nampak seperti darah. Memang nampak sama seperti scene kena bunuh di dalam filem.

Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila diteliti rupa-rupanya anaknya tertidur dan kotoran yang nampak seperti darah itu sebenarnya lipstick. Hal ini membuatkan ibunya tidak terkata apa dan hanya mampu ketawa.

"Boleh jadi pelakon terbaik adik ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 323.5K views, 29K likes serta 1,003 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak perempuan bermain lipstick sampai tertidur tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dengan admin sekali tertipu. Buat hal betul adik ni :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: