seismik

[VIDEO] Dah Macam Menyanyi Lagu Rock, Cara Murid Lelaki Ini Berselawat Buat Ramai Terhibur

Menghayati betul dia.

Cover image via @zura8511 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya murid-murid akan menghadiri perhimpunan sekolah sebelum memulakan pembelajaran di dalam kelas

Semasa perhimpunan, selalunya mereka akan mendengar ucapan serta pengumuman penting daripada guru-guru. Selain itu, terdapat juga sekolah yang menjalankan majlis bacaan Yasin dan selawat semasa perhimpunan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang murid sekolah yang berselawat dengan cara yang lain daripada lain telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Punya feeling berselawat, gaya adik ini dah macam menyanyi lagu rock

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zura8511, kelihatan rakaman murid-murid sekolah sedang berselawat di dalam sebuah perhimpunan sekolah yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila salah seorang murid lelaki di situ nampak terlalu menghayati selawatnya. Gayanya memang seolah-olah sedang menyanyi lagu rock.

"Dia nak tunjuk dekat kawan dia yang dia hafal sebenarnya" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 1.7M views, 172.8K likes dan 5.3K comments di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Malah, terdapat juga netizen yang turut mendoakan semoga dia menjadi anak yang soleh.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi semangat betul adik ni, mesti setiap pagi selalu breakfast Milo kan? :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik