"Style Habis" - Pakai Baju Ala Tahun 70-an Pergi Gathering, Group Lelaki Ini Curi Tumpuan
Seronok gila!
Seperti umum ketahui, fesyen dan trend zaman dulu dan kini berbeza
Kita boleh lihat banyak perubahan fesyen baju dan seluar mengikut peredaran zaman. Kalau zaman dulu, memang trend fesyen memakai seluar bootcut namun kini berkurangan. Tetapi tidak juga, ada yang masih memakai sehingga sekarang menjadi trend.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki memakai baju tahun 70-an ini mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pakai baju ala tahun 70-an pergi gathering
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan geng lelaki sedang berjalan di kawasan Kuala Lumpur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila fesyen baju mereka semua kelihatan mempunyai tema baju 70-an. Rupa-rupanya, mereka memang tengah menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan.
Lebih menarik lagi adalah apabila mereka semua dilihat ada gaya sambil berjalan bersama geng mereka. Gelagat mereka juga dapat dilihat di stesen MRT.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pergh, siap bawak beg james bond. Macam Hussein Abu Hassan seludup nasi lemak ke office - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 160K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja dengan gaya mereka.
Malah, netizen juga mengharapkan supaya ada versi wanita pula selepas ini yang menggayakan baju tahun 70-an seperti mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @haziqxshauqi (TikTok)
Image via @haziqxshauqi (TikTok)
Image via @haziqxshauqi (TikTok)
Image via @haziqxshauqi (TikTok)
Rasa macam tengah tengok bapak-bapak kita zaman muda mudi dulu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment